Sejak di universiti lagi kita sudah mula memikirkan tentang pekerjaan yang
ingin kita ceburi. Kadang-kadang kos yang kita ambil diuniversiti tidak ada
kena mengena dengan pekerjaan yang bakal kita pilih nanti. Sangat sangat
merugikan betul tak. Namun begitu tidak ramai yang mengalami situasi
sedemikian. Ramai yang dah graduet mendapat pekerjaan yang sama seperti kos
yang kita pelajari diuniversiti dahulu. Namun bukan itu yang saya ingin ceritakan
disini. Apa yang saya ingin dedahkan disini adalah Dilema yang sering
menyebabkan graduan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat belajar
diuniversiti. Antaranya adalah seperti berikut:
DILEMA NO #1
(KEPUTUSAN YANG BAIK DENGAN POINTER 3.5 KEATAS LEBIH CEPAT DAPAT KERJA)
Hah...pernahkah anda dengar perkara ini? Saya pasti semua pernah dengar kan.
Keputusan yang baik bukanlah tiket bagi menjamin anda untuk mendapat pekerjaan.
Perkara yang paling penting yang menentukan anda mendapat tawaran pekerjaan
adalah SIKAP dan KUALITI yang ada pada diri anda sendiri jika dibandingkan
dengan keputusan tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kamu mempunyai
kriteria-kriteria yang telah ditentukan untuk memenuhi jawatan tersebut.
Biasanya penemu duga hanya akan mempertimbangkan keputusan kamu apabila
terjadinya situasi dimana mereka mempunyai beberapa calon yang mempunyai
kualiti yang sama baiknya. Dengan itu barulah faktor keputusan yang baik
tersebut akan memberi faedah kepada kamu.
DILEMA NO#2
(LEBIH KERAP TEMUDUGA LEBIH BESAR PELUANG UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN)
Mungkin ada sesetengah kerja yang berbuat demikian dimana mereka hanya
memilih berdasarkan faktor-faktor fizikal, keupayaan dan sebagainya. Akan
tetapi tidak semestinya ada perlu berbuat sedemikian. Terdapat keadaan dimana
seseorang itu telah menghadiri lebih daripada sepuluh temuduga dalam masa
seminggu, namun tiada satu pun yang berjaya. Ia tiada kena mengena dengan calon
tersebut memohon jawatan yang tidak layak baginya kerana jika tidak layak sudah
tentu dia langsung tidak akan dipanggil temuduga. Tetapi berbalik kepada
bagaimana calon tersebut menangani situasi semasa didalam temuduga. Sekiranya
personaliti semasa temuduga tidak cukup bagus untuk menarik penemu duga,
sebanyak mana temuduga pun yang dihadiri tidak akan membawa apa-apa makna.
DILEMA NO#3
(SUDAH ADA PEKERJAAN MENUNGGU SETELAH TAMAT PENGAJIAN)
Ada kebenaranya. sememangnya banyak pekerjaan diluar sana dan ada antaranya
yang sesuai dengan anda. Tetapi pekerjaan tersebut tidak akan jatuh ke riba
tanpa usaha. Bukan anda sahaja yang memiliki kelayakan. Seperti yang dinyatakan
tadi, puluhan ribu turut mencari pekerjaan mencari pekerjaan. Pesaingan semakin
sengit kerana makin ramai bergelar graduan tahun demi tahun.
DILEMA NO#4
(LEBIH BANYAK RESUME DIHANTAR LEBIH BESAR PELUANG UNTUK DIPANGGIL TEMUDUGA)
Tanggapan seperti ini adalah SALAH. Ia bergantung kepada kualiti resume itu
sendiri. Kamu boleh menghantar beratus-ratus resume tetapi belum juga mendapat
jawapan. Tetapi rakan anda hanya menghantar beberapa permohonan terus dipanggil
temuduga. Hanya resume yang sesuai dengan jawatan dipohon dan disusun dengan
rapi akan mendapat perhatian.
DILEMA NO#5
(MEMUTARBELITKAN FAKTA SEMASA INTERVIEW)
Kamu sedang mengambil risiko yang sangat tinggi. Sekiranya PENIPUAN
kamu diketahui, kamu tidak akan dipercayai lagi walaupun sekecil manapun
penipuan anda.
DILEMA NO#6
(BERPURA-PURA MEMENUHI KRITERIA KERJA YANG DITEMUDUGA)
Ini bukanlah idea yang bagus. Sama seperti seperti yang nyatakan sebelum ini
dimana anda menipu atau memutarbelitkan fakta dengan berpura-pura menjadi
seseorang yang bukan diri kamu. Apa akan terjadi sekiranya kamu ditawarkan
pekerjaan dan anda tidak mempamerkan kualiti yang sama dengan anda nyatakan semasa
temuduga? Akibatnya anda mungin tidak akan lulus tempoh percubaan. Anda perlu
bermula semula dan merosakan rekod pekerjaan kamu dengan tidak lulus tempoh
percubaan.
DILEMA NO#7
(LOKASI TEMPAT KERJA)
Isu ini tidak asing lagi dikalangan graduan. Ada yang perlu menurut kehendak
orang tua untuk pulang bekerja di negeri asal, ada yang bercita-cita untuk
bekerja diluar negara dan ada juga yang terbuka untuk bekerja dimana-mana
sahaja. Walaupun apa jua keputusan yang dibuat, nilai sepenuhnya dari segala
aspek. Tepuk dada tanya selera sendiri dan mampukah kamu mencapainya.
Ada banyak lagi dilema yang dialami oleh graduan atau pencari kerja yang
sering menghantui minda mereka. Diharap anda tidak terlau memikirkan dilema
seperti yang saya nyatakan diatas. Ada banyak lagi dilema yang dialami oleh
mereka ini yang saya tidak dapat nyatakan disini. Mungkin post yang lain saya
akan senaraikan. Terima kasih kerana sudi membaca post saya ini:)...
Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteAt least 160 thousand women and men are trying a simple and secret "liquids hack" to burn 2lbs each and every night as they sleep.
It's very simple and it works every time.
Here are the easy steps for this hack:
1) Grab a clear glass and fill it half the way
2) And then do this weight loss HACK
you'll become 2lbs skinnier when you wake up!