CONTOH RESUME

TIPS MENULIS SURAT PERMOHONAN
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil kira apabila menulis surat resume iaitu:
  • Jangan sesekali menghantar resume tanpa surat permohonan
  • Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
  • Jangan ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melaikan secara ringkas.
  • Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri kamu dan pekerjaan yang lepas.
  • Jangan menyatakan tugas menggunakan kepupayaan kamu, sebaliknya apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif bukanya pasif)
  • Jangan memberikan maklumat palsu.
  • Jangan hantar surat atau resume salinan.


CONTOH SURAT PERMOHONAN

Nama Anda
Alamat surat menyurat
......................................................................................................
 Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
Kumpulan Kembara Sdn Bhd
Lot 9, Jalan Gembira 8, Seksyen 9,
40000 Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan                                                                       18/Febuari/20..

Tuan/Puan

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.

Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian .......................... atau.......................... untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,


............................................
Nama Anda
Email: namaanda@yahoo.com


CONTOH SURAT PERMOHONAN BAGI GRADUAN.
Nama Anda
Alamat surat menyurat
No hp
email:
tarikh:

Tuan/Puan,

Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon jawatan ini.

Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja dalam pasukan.

Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat................................ Sudah menjadi tanggungjawab saya disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan penjadualan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya.
Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.

Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.
Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

Yang Benar

..................................
Nama anda.


CONTOH RESUME

NAMA ANDA
ALAMAT SURAT MENYURAT
TEL RUMAH DAN HP:
NO KP:

FOKUS KERJAYA
Kerjaya dalam bidang Kewartanan Penyiaran

KEKUATAN
Mempunyai inisiatif, ingin tahu, kreatif dan analitikal.
Bersemangat, menawan dan menyakinkan.
Mahir berkomunikasi
Fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Profesional

PENDIDIKAN
UITM
BA (...............) DISEMBER 20...
CGPA:

KERJA KURSUS
Kewartanan/Sains Politik/Penulisan Kreatif

PENGALAMAN 
Nyatakan pengalaman ada bekerja sebelum menghadiri temuduga

RUJUKAN
(Kepilkan segala sijil anda dan yang berkenaan)


CONTOH RESUME 2
Nama anda
Alamat
Tel Rumah & Hp
No Kp

OBJEKTIF
Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada kejuruteraan alam sekitar.

PENDIDIKAN
Memperoleh ......................................................................................

KERJA KURSUS YANG BERKAITAN
Mekanik Tanah.....................................................................................

KEJAYAAN
Ahli Pertubuhan Pelajar asing
Pelajar Terbaik Anugerah............................

KEKUATAN 
Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi dsb............

LOKASI
Malaysia/Sanggup untuk bertugas diluar negara tugasan sementara.

TARIKH BERMULA
Dengan Serta Merta

GAJI
RM...........................(Boleh di runding)

RUJUKAN
Kepilkan yang berkenaan



3 comments:

  1. Hello, nak tanya kalau resume tu baik ditulis dalam BM @ BI, kalau sektor swasta better what ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mizie san..sebenarnya resume ni kalo nak minta kerja swasta lebih prefer guna BI berbanding dengan kerja kerajaan yang hanya menggunakan bm untuk menulis resume..ini kerana kebanyakan kompeni2@swasta lebih banyak menggunakan bi dlm komunikasi harian mereka..oleh yg demikian wajib bagi saudara mizie san untuk menguasai bi paling minimum pun 40%..berdasarkan pengalaman saya dahulu, resume saya d reject mentah2 sb ditulis dlm Bm..harap membantu .

      Delete
  2. Info di atas sangat bermanfaat. Ini kerana resume merupakan satu alat untuk memasarkan diri. Oleh itu adalah penting untuk memastikan resume dibuat dengan baik bagi menarik minat bakal majikan untuk meneliti lebih lanjut resume.

    ReplyDelete